Saya beserta keluarga menjemput semua warga Malaysia Lancaster (melayu, cina, india, etnik, yang dekat juga yang jauh dsb), untuk sudi menghadirkan diri dan meluangkan waktu untuk menjamu selera di rumah kami di Flat 9 Bowland College Lancaster Universiti. Butiran majlis makan adalah seperti berikut. Oleh kerana rumah kami kecil, kami bahagikan masa seperti berikut.
Semua sahabat handai lelaki Malaysia (ini merangkumi kaum bapa dan bujang) yang tinggal di universiti adalah dari jam 12 tengahari hingga 3 petang.
Semua sahabat handai perempuan Malaysia (ini merangkumi kaum ibu dan bujang) yang tinggal di universiti adalah dari jam 6 petang hingga 8 malam.
Semua sahabat handai yang tinggal di luar kampus dipersilakan datang bersama keluarga masing-masing (tanpa kekangan gender) dari 3.30 petang hingga 5.30 petang.
ps:
1. Tiada kekangan untuk kanak-kanak boleh hadir bersama ibu atau bapa masing-masing. 2. Jemputan melalui telepon juga akan dibuat. 3. Hebahan melalui LUMSS forum juga akan dibuat. 4. Harapan kami semuanya dapat hadir dan tidak mengUZURkan diri. 5. Hebahan melalui HELWA juga akan dibuat. 6. Harap dapat maklumkan kepada yang bukan Islam juga. 7. Menu Kari Ayam Kaw India + nasi.
Yang amat mengharap,
bakri, adawiyah, balqis dan rumaysa.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...