Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat darpada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
Seorang wanita solehah adalah lebih daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang meggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s..
Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah bermakna segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di alam syurga.