Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tiga surah dan tiga kekuatan utama


Status: Offline
Posts: 19
Date:
Tiga surah dan tiga kekuatan utama


-Assalamualaikum,


MINGGU lalu, baru saya nak seberang jalan ke Masjid Sultan untuk sembahyang
Jumaat, seorang pak cik dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana
masih ada banyak waktu, saya tak jadi seberang jalan dan tunggu pak cik
berjanggut dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Bila beliau hampir
pada saya, kami saling memberi salam dan saya menyuruh anak saya mencium
tangannya. Orangnya sudah agak berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan
perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang
beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang
betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak
supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan
yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah
Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,
kata pak cik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat
Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak
ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak
cik cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman
globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar
supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak
saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata
pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak
cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam,
katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti
ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT)
dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti
kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih
berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau
minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu
boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu
nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika
tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak
seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga
kekuatan, beliau minta diri. Terima kasih kepada pak cik.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard