Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.


Status: Offline
Posts: 19
Date:
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.


KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,


kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka


akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..


TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!


UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!


JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN...






__________________


Status: Offline
Posts: 175
Date:

Nak tanya HambaAllah sikit,


  siapa kah musuh musuh Islam ni? mengapa kita harus melihat orang lain sebagai musuh kita sahaja? Apakah Islam menggalakkan kita bermusuh? Apakah Islam meminta kita berfikir yang 'kalau dia bukan islam, dia musuh kita'?. Apakah setiap orang bukan islam itu musuh kita? Apakah setiap orang bukan islam mempunyai niat 'bermusuh' dengan kita?


  Satu lagi soalan, bagaimanakah mentaliti 'bermusuhan' ini mampu membangunkan umat Islam sebagai satu ummah yang progressive, penyayang, dan berkewibawaan?



__________________
memory


Status: Offline
Posts: 19
Date:

Merujuk pada jawapan oleh Al-Hafiz Ustaz Dr Harun Din mengenai musuh Islam:


Apakah maksud “serangan musuh”? Apakah serangan musuh itu dikatakan sebagai serangan musuh jika musuh menggunakan senjata saja? Tidak. Kemasukan budaya kuning, hiburan yang mengandungi kemungkaran dan keji, sudahkah dapat umat Islam mempertahankannya, sedangkan itu juga adalah merupakan serangan musuh. Serangan musuh? Siapakah musuh? Allah juga telah menjelaskan kepada umat Islam siapakah musuh umat Islam, iaitu Syaitan [Al-Quran: 8:48; 35:6; 36:60]. Umat Islam yang sekular itulah sendiri yang merupakan musuh yang jahat. Golongan merekalah yang menganjurkan “Festival Sureheboh” misalnya. Sudah mampukan rakyat mempertahankan supaya pesta seperti itu t idak diadakan?


Dipetik drpd:http://members.lycos.co.uk/minda2rakyat/minda/040426_minda_5.htm


Sumber lain:


http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Minda/20040917092947/Article/pp_index_html


http://detik.daily.tripod.com/feb02/1feb_5.htm


http://www.infopalestina.com/Kolom/Sinyal%20Kemenangan%20rantisis%2012.11.02.htm


Rujuk juga pada forum terdahulu dalam tajuk 3 surah dan 3 kekuatan utama berkaitan dengan


Surah Al-Kafirun. Islam agama yang cantik(way of life), sedangkan Rasul ketika disiram/dibaling


dengan najis sekalipun oleh Yahudi tidak pernah memarahi org tersebut bermakna tidak digalakan untuk bermusuh. Islam tidak bermusuh dengan agama lain krn rujuk Surah Al -Kafiruun untukmu agamamu , untukku agamaku. Apa yang saya paparkan di sini ialah sekadar untuk mengingati diri saya dan juga rakan2 yang lain.



__________________


Status: Offline
Posts: 175
Date:

Thanks.


Tetapi, bukankah lebih elok kalau kita bercerita tentang kesopanan, ketahanan, kesabaran, dan keberanian Rasulullah menghadapi rentangan hidup, daripada berbincang pasal 'kapur' dan 'pemadam'? Tentang betapa 'positive approaches' beliau sebenarnya yang mengembangkan Islam dan bukannya sikap 'bermusuhan' atau menganggap semuanya musuh Islam?


Bukankah lebih baik kalau kita menyingkap bagaimana Islam mampu membentuk ummah yang tersendiri dengan kasih sayang dan tolak ansur, dan bagaimana hanya dengan pengajaran islam kita dapat bertahan sebagai manusia yang berwibawa, daripada memikirkan bagaimana anasir kuning boleh menggoyahkan kita? Bukankah lebih baik kita berfikir dan mencadangkan cara memenangi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini dengan berbincang isu-isu semasa yang relevant, daripada bercakap 'atas angin'?


Islam itu cantik, tetapi mengapa yang 'hodoh' yang nak dihebohkan?


 


 


 


 


 


 



__________________
memory
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard