Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Gotong royong Sabtu 20/8/05


Status: Offline
Posts: 38
Date:
Gotong royong Sabtu 20/8/05


Assalamualaikum,


Hari sabtu ini (20/8/05) masyarakat Melayu Lancaster akan mengadakan gotong royong untuk memindahkan kesemua barang yang masih berada di dalam stor surau. Ini kerana surau akan di"renovate" tidak lama lagi - i.e. surau perempuan akan ada tandas dan tingkap, etc. Sehubungan itu, kesemua barang yg masih berada di dalam surau terpaksa dibawa keluar bagi tujuan "renovation" ini.


Kerja gotong royong ini akan bermula pada pukul 9:00 pagi. Barang-barang kepunyaan Malaysian akan dipindahkan dan ditempatkan sementara di rumah Ungku Melewa & Pn Zarina (Thanks a zillion for the offer). Bagi tujuan mengangkut barang-barang ini, satu van telahpun disewakan.


Selepas aktiviti "angkat-mengangkat" barang-barang, kesemua warga Malaysia masih berada di Lancaster, dijemput menjamu selera tengahari di Flat 15 Bowland College. Lunch ini adalah bertujuan untuk menjamu para suami dan sesiapa saja yang bersusah payah mengangkat barang-barang tersebut dan juga untuk "get-together".


Bagi kekawan yang tidak dapat bersama dalam gotong-royong atau jamuan makan tengahari atas sebab-sebab tertentu, go ahead with your plans. Gotong-royong dan lunch ini adalah atas kesudian masing-masing...no obligations.


Bagi undergads yang simpan barang-barang di dalam stor surau, kami ingin mengingatkan bahawa kami tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang "accident" ke atas barang-barang you all sewaktu aktiviti pemindahan dijalankan. Yalah...we'll try...but who knows accident might happen. 


Apabila adik-adik undergrads sudah berada semula di Lancaster, boleh tak jika you all tetapkan satu masa yang sesuai untuk ambil semula kesemua barang daripada rumah Ungku & Pn Zarina so that kesemua barang boleh dibawa keluar pada waktu yang sama. Kalau boleh sewa satu van untuk transport barang-barang tersebut.


Akhir sekali, ucapan terima kasih ini khas untuk semua warga Melayu yg masih berada di Lancaster - yg akan menolong pindahkan barang-barang, akan memasak dan sumbangkan makanan dan minuman, yang memberi cadangan (directly and indirectly), serta yang bersusah payah memikirkan "nasib barang-barang di dlm stor".


Hanis



__________________
writing from the heart...


Status: Offline
Posts: 8
Date:

and counting....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard