Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) London telah bersetuju untuk hadir ke Manchester bagi memudahkan urusan permohonan pasport dan daftar kelahiran. Butir mengenai program tersebut adalah seperti berikut:
TARIKH: SABTU, 3 SEPTEMBER 2005 KAUNTER DIBUKA: 8 PAGI PERKHIDMATAN: DAFTAR KELAHIRAN BARU PASPORT KELAHIRAN BARU PEMBAHARUAN PASPORT LOKASI: Akan diumumkan pada hari Khamis, 1 Sept 2005
Sila lihat maklumat di bawah mengenai dokumen-dokumen yang perlu dsediakan pada hari tersebut.
A. DAFTAR KELAHIRAN BARU
Perhatian: - BAPA mestilah rakyat Malaysia - IBU, BAPA dan ANAK mesti hadir pada hari permohonan (untuk pengesahan dokumen) - 4 keping gambar anak berukuran pasport; latarbelakang putih atau biru diterima; muka anak memenuhi gambar tersebut (full baby face), dan mata terbuka (2 keping untuk permohonan daftar kelahiran dan 2 keping untuk pasport baru) - Sekeping sampul surat A4 beralamat sendiri - Bayaran sebanyak £7 (£6 untuk permohonan dan £1 untuk bayaran pos) - Bawa bersama dokumen ASAL seperti di bawah - Sediakan 3 SET SALINAN dokumen di bawah, menggunakan kertas A4 sepenuhnya tanpa dipotong atau digunting (2 set salinan untuk daftar kelahiran dan 1 set untuk pasport baru)
Dokumen: 1. Kad pengenalan (IC) ibu dan bapa (jika ibu bukan warganegara Malysia, sila gunakan pasport) 2. Pasport ibu dan bapa 3. Surat nikah ibu dan bapa 4. Sijil kelahiran bayi (full UK birth certificate), yang mempunyai NAMA PENUH ibu dan bapa seperti dalam kad pengenalan (sila semak supaya nama tidak berlainan)
B. PASPORT KELAHIRAN BARU
Perhatian: - Pasport boleh dibuat setelah selesai mandaftar kelahiran anak - Borang boleh didapati pada hari tersebut dengan harga 25p - Gambar dan dokumen seperti dinyatakan di atas - Bayaran sebanyak £25, dan tambahan £7 untuk bayaran pos
C. PEMBAHARUAN PASPORT/PASPORT BARU
Perhatian: - 2 keping gambar berukuran pasport; latarbelakang putih atau biru diterima - Bayaran dikenakan sebanyak £50 bagi dewasa (12 tahun ke atas), dan £25 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, serta tambahan £7 untuk bayaran pos - Untuk dewasa, sila bawa kad pengenalan (IC) ASAL dan SATU SALINAN - Bagi yang berumur 18 tahun ke bawah, sila bawa dokumen ASAL dan sediakan SATU (1) SET SALINAN (gunakan kertas A4 sepenuhnya, tanpa digunting atau dipotong) dokumen seperti di bawah:
Dokumen: 1. Surat beranak pemohon 2. Kad pengenalan (IC) pemohon 3. Kad pengenalan (IC) bapa (bapa perlu hadir pada hari tersebut untuk memberi pengesahan)
Bayaran hanya secara tunai. Gambar “instant” (1-hour processing) berlatarbelakang biru atau putih diterima. Di samping itu, MC-CH akan mengenakan sedikit caj untuk menampung kos pengurusan program dan penyewaan dewan. Kaunter pendaftaran mula dibuka pada jam 8 pagi. Maklumat terkini mengenai program ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Saya memohon jasa baik tuan/puan untuk memajukan berita ini kepada sahabat-sahabat berdekatan yang tidak mendapat e-mel ini.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam. IDWAN HAKIM 18 Faraday Ave Cheetham Hill Manchester M8 0SR. 0161 2059929 (Rumah) 07944405047 (H/phone)