Sempena hari lebaran tahun ini kita semua memang bergambar sakan. Gambar-gambar dari kamera saya, sudah dimuatnaikkan ke laman flickr saya. Kelebihan flickr ialah ia membolehkan orang ramai memuatturun gambar-gambar tersebut dalam resolusi yang sebenar - yang lebih sesuai jika anda ingin mencetak gambar gambar tersebut.
Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu klik di gambar yang berkenaan, dan di paparan tersebut, pilih butang yang diberi nama 'All Sizes', pilih saiz yang berkenaan (pilih Original untuk paparan resolusi sebenar) dan anda boleh muatturun gambar berkenaan ke komputer anda untuk simpanan peribadi atau cetakan. Ianya berbeza sedikit dengan aplikasi fotopages dimana gambar tidak dipaparkan dengan resolusi sebenar.
Kepada sesiapa yang ingin mencetak gambar secara atas talian, ada beberapa perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan 'first ten pictures free' di mana anda hanya perlu membayar kos penghantaran.
"Success in almost any field depends more on energy and drive than it does on intelligence. This explains why we have so many stupid leaders."
-Sloan Wilson