Pada suatu hari, datuk mengajak Waali dan cucu-cucunya yang lain duduk di atas bukit. "Atuk ada satu kisah benar yang nak di ceritakan pada kamu semua. Atuk harap semoga cucu-cucu semua akan ingat cerita ini dan ceritakan pula kepada anak-anak kamu bila atuk sudah tiada nanti".
Mereka merenung ke sawah; tanaman hampir masak untuk dituai. Pemandangan ini sungguh indah! Rumput bersinar kehijauan di bawah sinaran matahari. Binatang ternakan kelihatan sihat dan bergembira. Langit tenang kebiruan dan udara nyaman untuk dihirup. Orang tua itu meneruskan ceritanya.
"Cerita ini bermula semasa umur atuk sebaya kamu, dan atuk adalah salah seorang kanak-kanak yang mengubah keadaan di lembah ini. Begini, pada asalnya lembah ini lebih indah dari apa yang kita lihat sekarang, dengan pokok-pokok sebagai tempat berteduh dan pelbagai jenis ikan. Penduduk kampung ini jarang mendapat sakit dan tiada bunyi bising yang hiruk-pikuk melainkan suara alam dan hidupan ciptaan Allah Ta’ala. Atuk menghabiskan masa berjam-jam memancing di kolam. Kolam itu sudah tiada lagi. Tempat kolam itu sudah ditanam dengan pokok-pokok kelapa sawit sekarang ini. Pelbagai jenis pokok dan binatang hidup di situ. Semua ini wujud semasa atuk sebaya kamu….sehinggalah berlakunya pencemaran. Kalaulah cucu-cucu semua dapat lihat atuk ketika itu….Atuk suka melukis segala hidupan di sini. Atuk tak terfikir masa itu bahawa lukisan-lukisan tu akan menjadi begitu berharga bagi mereka yang seperti Atuk. Banyak binatang-binatang yang ada ketika itu sudah tidak dapat dilihat oleh sesiapa lagi sekarang!"
"Apa yang terjadi, Atuk?", soal Waali, kehairanan.
"Segala-galanya bermula apabila rumah-rumah moden mula didirikan. Pada mulanya semua orang gembira kerana ramai penduduk berpindah ke sini bersama dengan idea-idea baru mereka, keselesaan hidup dan hospital…semua ini kami tidak miliki sebelumnya. Kami amat gembira bila sekolah-sekolah didirikan untuk mendidik kami, dan bukan hanya orang-orang kampung yang rajin yang memiliki ilmu yang tidak seberapa mengajar kami. Masa itu kami benar-benar merasa kami dapat mengenali dunia! Mungkin ada diantara kami yang dapat menjadi ulama dengan rahmat Allah!"
"Dipendekkan cerita, kami semua cukup gembira kecuali beberapa orang tua yang merungut. Mereka telah biasa hidup secara tradisional dan tidak mahu mengubah keadaan itu. Mereka memberitahu kami; "Jangan terlalu gembira dengan kehadiran orang-orang ini; satu hari nanti mereka akan menguasai kamu semua. Kita patut hidup seperti mana yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala iaitu dengan apa yang ada pada kita. Apakah kita betul-betul memerlukan paip-paip air dan jalan-jalan raya? Apakah kita begitu memerlukan sekolah pada masa orang-orang tua kita boleh mengajar anak-anak kampung kita? Apakah kita memerlukan orang-orang pendatang yang sesetengahnya tidak beragama pun?". Orang-orang tua ini terus merungut, tetapi tiada siapa yang menghiraukan rungutan mereka itu.
Sementara itu, beberapa perubahan jelas berlaku di dalam masyarakat ini. Pertamanya, ada mereka yang membuang sampah merata-rata, di tepi-tepi jalan, di taman-taman awam dan di atas pembahagi jalan. Walaupun pembuangan sampah-sampah ini diurus dan dibuang di tempat pembuangan sampah, ramai orang yang tidak menghormati pekerja-pekerja yang membuang sampah ini. Mereka tidak menghiraukan apa yang dibuang dan di mana mereka membuang sampah-sampah tersebut. Akhirnya adalah menjadi suatu kebiasaan melihat sampah terbakar atau mendengar letupan di dalam tong-tong sampah akibat dari aerosol."
"Lama kelamaan pekerja-pekerja terpaksa bekerja siang dan malam untuk membersihkan jalan-jalan. Datuk bandar terpaksa mengenakan denda/saman kepada mereka yang membuang sampah-sampah merata dari kereta mereka. Boleh kamu bayangkan belon di atas pokok atau beg-beg plastik bergantungan di dahan-dahannya? "
"Sampah-sampah di buang di tempat pembuangan sampah tapi lama-kelamaan tiada ruang lagi untuk melonggokkan sampah di tempat pembuangan itu. Petani-petani menjadi marah. Sudah tentunya kawasan berbau busuk; sampah-sampah yang sudah reput dan hancur berlonggokan di atas permukaan tanah mengeluarkan bau beracun yang mencemarkan tanah dan air."
Sebahagian dari sampah dibuang ke dalam sungai! Seperti yang kita tahu ikan-ikan menyedut air untuk menghirup oksigen daripada air. Oleh kerana air sudah tercemar, ikan sudah tidak dapat bernafas lagi dan akhirnya mati. Ada pihak yang cuba menyorok hal yang sebenar dengan memberitahu bahawa adalah tabiat ikan-ikan itu membunuh diri secara beramai-ramai, seperti tikus-tikus di Eropah. Ini amat tidak dapat dipercayai, tetapi orang ramai masih tidak mengambil tindakan. Mereka terus mempercayai cerita-cerita rekaan itu. Walaubagaimanapun, nelayan-nelayan sedar ada binatang-binatang yang hidup di sekitar air turut mati akibat mulut mereka terlekat
plastik. Tambahan pula, ada binatang yang menyangka beg plastik yang terapung itu makanan, lalu mati kerana cuba memakan plastik tersebut!
Akhirnya, langit yang indah mula diselaputi awan gelap dan awan-awan yang gelap ini kekal di situ.
Di samping itu, asap dari kereta, lori dan bas menyebabkan langit kekal berwarna kelabu. Orang raamai mula mengidap penyakit seperti barah, lelah, sakit kerongkong, masalah jantung dan batuk selsema. Lembah yang kecil ini diduduki oleh orang teramat ramai. Disebabkan oleh asap dari loji kuasa, industri-industri dan kenderaan-kenderaan, hujan asid mula turun mencemarkan air dan mengancam hutan-hutan. Apakah akibatnya? Sudah tentu pokok-pokok mati dan binatang-binatang meninggalkan hutan-hutan ini.
Sebahagian dari burung-burung tidak lagi dapat bertelur kerana kulit telur mereka menjadi terlalu rapuh. Jadi, mereka terus tinggal di sini sehinggalah kesemuanya pupus. Akhirnya, mana-mana binatang yang masih mampu bertahan dari keracunan akibat pencemaran laut atau sungai disebabkan oleh tumpahan minyak berhijrah ke negara-negara lain dan kawasan-kawasan baru di mana mereka merasa lebih selamat.
Pada masa ini, kanak-kanak mula memerhati keadaan sekitar mereka. Amat mengejutkan kerana hanya mereka yang tinggal!
Orang dewasa terlalu sibuk, samada bekerja mencari wang atau menjaga rumah-rumah mereka sehingga tidak menyedari perubahan-perubahan yang berlaku di lembah ini.
Kami membuat keputusan untuk berpecah kepada beberapa kumpulan untuk meninjau persekitaran kami dan mengkaji dengan lebih mendalam apa yang berlaku. Sejauh manakah seriusnya masalah ini? Setiap kumpulan memeriksa satu kawasan di lembah ini dan mereka mula menjumpai sesuatu!
Kedua-dua jenis pencemaran dalam dan luar rumah adalah kesan dari
ahli-ahli perniagaan yang tamak
Mengapa? Kerana
Kamu berbelanja terlalu banyak , dan kamu mahu
terlalu banyak!
Lebih dari itu, pencemaran sebenarnya adalah masalah TENAGA KUASA (cara kita memanaskan tempat kediaman, cara kita menggunakan elektrik dan bahan bakar);
Dan PENGANGKUTAN:
Perhatikan cara tradisional, berbanding dengan cara moden untuk menghasilkan pengeluaran dan pengangkutan!
Apa yang perlu kita buat?
Gunakan sesuatu benda selama mana yang boleh, atau guna semua benda tersebut!
Berhati-hati bila membeli sesuatu. Adakah kamu boleh kitar semula?
Elakkan dari mengunakan barangan ‘nyahpakai’ seperti kamera nyahpakai. Gunakan kamera digital. Dapatkan alternatif lain seperti bateri yang boleh dicas semula kuasa. Sekiranya kamu menngunakan bateri nyahpakai, pastikan kamu kitar semula bateri tersebut . Ini adalah kerana kandungan merkuri di dalam bateri adalah merbahaya kepada alam sekitar.
Adakah kamu amat memerlukan benda-benda yang kamu guna? Lihat sekitar rumah kamu dan tanya diri sendiri mengapa kamu memerlukan 2 seterika, 50 permainan kanak-kanak, 3 peti televisyen, pakaian dan tuala yang sebegitu banyak? Berapa kali kamu bertukar kasut selepas setahun menggunakannya? Dan, apakah kamu begitu perlu memanaskan rumah? Apakah kamu tidak boleh menggunakan lebih banyak selimut dan baju tebal? Adakah kamu membiarkan air memancut keluar setiap kali kamu menggosok gigi dan mengambil wudhu’? Adakah kamu menggunakan paip hujan atau paip bias untuk lebih menjimatkan air? Masalah pencemaran bukan hanya masalah kilang-kilanga industri dan kuasa-kuasa politik; ia juga masalah utama di dalam rumah di kalangan kamu.
Kurangkan penggunaan dan ini memerlukan pengurangan kilang-kilang industri! Banyakkanlah berjalan dan keraplah menunggang basikal agar kamu kurang membuang asap kereta ke dalam udara persekitaran. Makanlah secara seimbang dan bersenam supaya kamu tidak banyak membazir waktu dan sumber-sumber asas kamu. Bahkan Allah melarang kita membazir. Allah menegaskan di dalam Al-Quran tentang kepentingan alam dan keindahannya. Tidak seorang pun boleh menafikan bahawa pembaziran dan pembunuhan tanpa keperluan ialah satu dosa, sama ada yang dibunuh itu satu jiwa manusia atau seekor nyamuk yang terakhir di muka bumi ini! Allah telah menyatakan bahawa Madinah ialah tempat suci :
"..agar tumbuhan tidak dimakan kecuali makhluk yang memakannya".
"Binatang di Makkah tidak boleh diseksa, tidak juga tumbuhan boleh ditebang"
Rasulullah (s.a.w) bersabda:
"Sesiapa yang berbuat baik kepada makhluk Allah, telah berbuat baik kepada dirinya sendiri"
Tahukah kamu bahawa apabila terjadi ketidakadilan di muka bumi, adalah menjadi kewajipan dan kepentingan bukan sahaja mempelajari ilmu Islam tetapi mempraktikkannya? Oleh itu, sebelum kamu membuat sesuatu, kamu mestilah mempunyai ilmu yang cukup mengenainya.
Jika kamu mahu burung-burung kembali ke tempat kamu, bacalah buku mengenai ekologi dan alam sekitar. Tanamlah pokok! Hantarkan surat kepada ahli-ahli politik atau kilang-kilang industri untuk mengadu mengenai pencemaran. Hubungi perkhidmatan kitar semula dan biro kesihatan untuk bertanya tentang perkembanagn terbaru mengenai penjagaan alam sekitar.beritahu mereka bahawa kamu berminat dan bersedia untuk membantu. Akhir kata, hantarkan surat kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Greenpeace. Pertubuhan-pertubuhan ini akan dapat membantu kamu dalam banyak perkara. Adalah lebih baik untuk mendapatkan maklumat dan nasihat daripada mereka, tetapi ini tidak bermakna kamu tidak boleh menubuhkan persatuan kamu sendiri. Hubungi pihak-pihak sekolah tempatan supaya kamu dijemput untuk membuat kempen/program berkenaan alam sekitar. Mereka juga boleh menjemput orang-orang tertentu untuk memberi ceramah mengenai isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Cuba tarik lebih ramai kanak-kanak untuk tujuan ini dan kemudian cuba dapatkan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Memelihara alam sekitar adalah sesuatu yang amat berharga, dan suatu kebanggaan yang patut kamu tanam di dalam jiwa mereka ini.
Kami semua keluar dari masjid dengan perasaan gembira dengan rancangan baru kami dan berazam untuk memastikan ianya berhasil!
Apakah yang kami buat?
Perkara pertama ialah kami pergi berjumpa orang ramai untuk bertanya dan bersedia untuk melancarkan kempen ke seluruh bandar:
Slogan kami ialah:
Sudah tentunya kami mulakan dengan contoh. Semuanya perlu dilakukan secara beransur-ansur supaya setiap orang boleh menerima idea-idea baru ini. Untuk mencapai matlamat ini:
Evolusi Tong Sampah
Kami terpaksa berusaha menyedarkan orang ramai apa yang akan berlaku:
?
Secara asasnya ada beberapa perkara mudah yang orang ramai boleh lakukan. Jika kami dapat meyakinkan mereka, kami akan dapat mengurangkan bahan buangan sehingga ke paras separuh!
Kami menghabiskan banyak masa untuk berbincang dan berdebat dengan tuan-tuan punya restoran, orang-oang di pejabat, dan datuk bandar. Akhirnya, kami mendapat kebenaran meletakkan poster-poster tersebut di setiap tempat awam.
Sesetengah tempat juga berjanji untuk mengurangkan bahan buangan mereka ke paras separuh!
Adalah lebih sukar untuk meyakinkan ibu Atuk agar menggunakan lampin yang boleh dibasuh untuk adik perempuan kecil Atuk! Tapi akhirnya dia menurut!
Sebilangan besar kanak-kanak bersungguh-sungguh menerangkan cara baru membeli-belah kepada ibubapa mereka. Sesetengahnya membeli-belah sendiri supaya ibubapa mereka tidak risau mengenai isu ini. Sekurang-sekurangnya ini adalah tanda permulaan! Ibubapa akan menurut setelah melihat kesungguhan kami.
Kakak saya, Siti, mengambil keputusan untuk membuat sesuatu mengenai hal ini. Dia menjemput jiran-jiran wanita pergi membeli-belah bersamanya. Semasa di pasaraya, Siti menjelaskan apa yang patut mereka pilih untuk menjaga alam sekitar yang baik dan sihat. Dia bertanya barangan yang biasa mereka beli, dan mengapa, serta mencadangkan mereka agar membeli barangan yang boleh diguna semula. Dia menekankan tentang kualiti dan keseronokan membeli barangan yang berkualiti.
Siti memastikan agar mereka menyedari bahawa barangan bersaiz keluarga atau pek isi semula yang besar menggunakan lebih sedikit pembalut. Kesannya, mereka dapat mengurangkan bahan buangan dan ianya menjimatkan belanja mereka.
Dia menerangkan kepada mereka bahawa dengan membeli barangan bersaiz besar bukan sahaja menjimatkan belanja, malahan bahan buangan mereka juga akan berkurang. Ini mengurangkan belanja keseluruhan untuk membuang sampah oleh orang awam.
Siti menyuruh mereka mencari barangan yang berlabel perkataan kitar-semula. Ketika membuat pembayaran di kaunter, dia membawa bersamanya beg kain. Dia menggalakkan wanita-wanita itu merekacipta beg-beg membeli-belah mereka sendiri. Dia amat menekankan bahawa beg plastik susah untuk dikitar-semula dan beg kertas dibuat dari pokok. Siti meminta mereka:
Tidak berapa lama kemudiannya guru sekolah kami turut bekerjasama dalam aktiviti ini. Oleh kerana dia tahu bertukang, dia mengajar bapa-bapa dan sebilangan kanak-kanak cara membaiki perabut dan perkakas mekanikal.
Kami juga mempunyai Mister Fix Everything bila-bila mas kami memerlukannya.
Dia menjadi orang yang paling sibuk di dalam bandar! Lama-kelamaan, orang ramai mendapati bahawa mereka dapat menggunakan semula hampir kesemua barangan mereka di samping mengisi masa lapang anak-anak mereka! Kanak-kanak menghias botol/balang kosong dan menggunakannya sebagai bekas bunga. Straw dan kertas tisu lama direka menjadi bunga. Kanak-kanak juga membuat buku skap untuk mempelajari jenis-jenis pokok dan tumbuhan di tempat kami.
atau membuat poskad sendiri:
Remaja-remaja pula mengumpulkan baju-baju lama mereka dan memberikannya kepada kanak-kanak yang kecil untuk bermain atau membuat khemah. Mereka juga menggantung tayar-tayar di pokok untuk kanak-kanak memanjat atau menggunakan kayu-kayu lama untuk dibuat rumah di atas pokok untuk kanak-kanak tadi.
Apa juga barang yang kami dapati di setor barang lama di rumah kami, kami jualkan secara besar-besaran di jualan barang terpakai. Idea kami ialah sekiranya kamu tidak mahu menyimpan barang-barang tersebut, mungkin ada orang yang boleh menggunakannya.
Barang-barang yang tidak laku kami serahkan ke Thrift Shop supaya orang-orang miskin dapat membelinya dengan harga yang murah.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...