Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Catatan Utk Kak Faridah...


Status: Offline
Posts: 161
Date:
Catatan Utk Kak Faridah...


Haaahhh, ni Eda sediakan utk sape-sape nak curahkan perasaan yg terpendam .. yg terkusamm...!! ahehehe... esp for those yg takde weblog tu .. bole laa catatkan kat sini.. leh kita org tumpang bacaa... tumpang kutukkk!!  Sure akak baca tangkap sedih dan syahdu punya... sampai anas brutal pun leh tangkap melelehhh....


Apa lagii... sape2 ade bakat jiwang mengkarat dialu-alukan laaaaaaa ye... silakan... silakan....


ps: JUNE... ko nak copy paste 'Luahan rasa' ko tu kat sini pun ok gak....erks, jgn marah ye... gurau2 ajer



__________________
'.. nice to be back here ...


Status: Offline
Posts: 100
Date:

Tengah kerja tadi tiba-tiba saya teringat dekat akak. Terutama sekali statement ni, “Jun, hari ni ko kerja setengah jam jer. Esok ko ganti balik”. Erm..tiba2kan hati saya jadi sedih pula. Baru saya perasan siapa la nak kejut saya pagi2 buta. Siapa la nak borak pasal YuGi Oh dengan saya. Owhh..dan Sabtu dengan Ahad nanti saya nak buat apa yer? Kalau esok2 saya lapar dan malas masak, kat mana saya nak makan? Kalau ada gossip kat sapa saya nak cerita. Erm.. tak best betul la. Dan baru saya teringat saya lupa nak nangis masa antar akak kat station tadik. Atau mungkin ramai sangat dan cuaca yang sejuk menyebabkan air mata saya ni beku dan hati saya ni jadi keras untuk berjiwang.com


 


Sorry la kak kalau saya terang2 post statement saya ni kat forum. Minta maaflah saya takde blog. Takde tempat nak mengadu, nak meluahkan perasaan. Dahlah sorang aje saya kat bumi omputih ni, mak ayah jauh, adik beradik, sedara mara nun di sana apatah lagik boiprenku yang sibuk manjang (sob..sob..sob). Jadi kat forum ni la tempat saya mengadu kasih dan sayang. Hehehe.. webmaster jgn marah saya yer dan jgn blacklist pula ID saya. Owh tadi masa berpeluk2 tu, saya lupa minta maaf, minta dihalalkan makan minum saya dan segala. Banyak dah akak bantu saya.


 


Jgn lupa raya datang rumah saya. Saya dah cakap dengan mak saya Kak Faridah nak makan mee kari. Saya nak tunjuk dekat akak, ayah saya yang garang dan mak saya yang hari2 kalau saya telefon Malaysia dia bukan tanya khabar saya tapi dia tanya arinih kak Faridah beli apa nak bawa balik Mesia. Huh!!


 


Sampai sini jer la kot. Nanti saya karang byk2 saya simpan dan cerita kat orang, yang saya kenal Dr. Faridah dan family. Sekurang2nya nanti saya boleh tunjuk kat anak cucu saya, ni la emak, ni la nenek ko, yang dulu masa dihantar belaja bukan nak belaja..tapi nak bercerita!


 


Sayu diluar mendesak menekan perasaan


Pabila rindu menggamit pulang


Ke pangkuan ibunda tersayang


Orang jauh rindu dan sayu berbalam


Andai sampai waktuku


Bila jejakmu akan ku julang


Persis permata menjadi rebutan



 


-AKSARA-


Utk kak Faridah – 11 June 04



__________________
-Beautiful is empty-


Status: Offline
Posts: 161
Date:

hehehe.. june... sihat ke tak ari ni?? kot kot laa deman windu...


ps: sape2 takde weblog.. sila silakan laa....



__________________
'.. nice to be back here ...


Status: Offline
Posts: 100
Date:

Sob sob sob...


Saya sihat cuma lama je tak kena ciwit ngan anas. heehhe.. yehaa.. baru abih viva...viva forever..huhuhu..


nak turu... kekeke..


Pengakuan diri:


sejak saya ke UK, pemahaman dan percakapan saya dalam bahasa Inggeris semakin menurun tetapi memperolehi  pencapaian yang begitu memberangsangkan dalam 'bahasa pemprograman JAWA'



__________________
-Beautiful is empty-


Status: Offline
Posts: 161
Date:

alaa june, takkan ko dan aku je takde weblog ek... kita dua dua je yg tulis sini.. ahehehe... 

__________________
'.. nice to be back here ...


Status: Offline
Posts: 100
Date:

Assalamualaikum


Saya baru je dapat poskad MAS dari kak faridah. kak faridah sampaikan salam pada semua. kak faridah kata dia tgh makan kacang masin sementara tunggu lunch.


akhir kata hehe.. (yg tulisannya susah nak baca) kak faridah kirim salam pada semua warga lancaster. sekian saya melaporkan dari bilik berita. tima kasih!



__________________
-Beautiful is empty-


Status: Offline
Posts: 35
Date:

Baru telefon K. Faridah semalam. Dia kirim salam pada semua orang & sekarang tengah tunggu shipping yang akan tiba on the 27th. Dia kata Malaysia sekarang berjerebu dan dia pun baru notice yang org kat Malaysia ni kebal-kebal belaka...traffic light pun ada orang nak langgar.



__________________
"Accept that some days you are the pigeon and some days you are the statue" --David Brent--
md


Status: Offline
Posts: 7
Date:


Assalamualaikum,


Sorry, tumpang lalu.


Kak faridah dan keluarga baru saja pulang berziarah di rumah kami. Kamarul & Aini serta anak2 juga ada sama. Seronok dapat jumpa dioarang. Anas dah jumpa "geng" lama dia (Amirul), riuh rumah hehehe. hopefully dapat buat gathering macam ni lagi.


--Maznan, Ita & anak2.


+603-90802884


quote:


Originally posted by: Teko Pecah
"Baru telefon K. Faridah semalam. Dia kirim salam pada semua orang & sekarang tengah tunggu shipping yang akan tiba on the 27th. Dia kata Malaysia sekarang berjerebu dan dia pun baru notice yang org kat Malaysia ni kebal-kebal belaka...traffic light pun ada orang nak langgar."



__________________


Status: Offline
Posts: 71
Date:
masseuse


kak Faridah dah takde, siapa agak2 nya pengganti kak Faridah?


lebam kat kaki tak baik2 lagi.. dah 2 minggu dah



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard