Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Nifsu Syaaban


Status: Offline
Posts: 19
Date:
Nifsu Syaaban


Assalamualaikum,


Alhamdullilah kita dah di penghujung tahun kalendar Islam.


Jangan lupa malam nie ye rakan2 baca yassin 3x


Dah nak buka diari baru kita nie.


Buat yang elok sahaja yea pembuka diari baru nie.Bukan setakat pembuka sahaja tapi sampai bila2. Buat peringatan, pada diri hamba dan semua juga.


Berdoalah dan buatlah solat sunat.


 



__________________


Status: Offline
Posts: 19
Date:

Tambahan:


Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu  malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 30hb September, 2004 (selepas magrib pada hari14 Sya'aban 1425H)

Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &  mati di dalam iman &  pohonlah segala yang baik....
      Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

      Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.     Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau  orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam



 JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 30 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard