Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: What is Islam? Do you really know/ don't care!!


Status: Offline
Posts: 19
Date:
What is Islam? Do you really know/ don't care!!











Definisi Islam


Perkataan islam berasal dari Arab iaitu salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Terdapat hadith yang diambil dari sebuah hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
" Seorang Muslim ialah seorang yang selamat, seorang muslim yang lain dari lidah dan tangannya"


Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan "Islam" tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu.


Definisi islam mengikut istilah atau syara' adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan yang bersifat integraf yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah:


"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu al-Quran dan Sunnah Rasul".


Definisi Islam semasa Jibril datang bertanya Rasulullah tentang Islam:


"Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam," Rasulullah S.A.W. menjawab: "Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke baitullah jika engkau kuasa".


Definisi Islam menurut hadith Rasulullah S.A.W.



  1. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus , benar dan harmoni.
  2. Di atas asas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangn yang luas skopnya, sama ada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan.
  3. Di atas sistem kerohanian yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh, suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah pelaksanaan kedua-dua sistem ini secara serentak.
    Pengertian Ad-Din

Ad-Din bererti 'Pasrah','menyerah','tunduk','perhitungan' dan lain-lain . Perkataan 'Din' (dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang ad-Din (dalam bentuk makfirah) bermaksud, cara hidup yang telah di tetapkan oleh Allah. Ia merupakan suatu istilah yang terdiri dari empat bahagian:



  1. Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah S.W.T).
  2. Penyerahan diri zahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetian kepada kekuasaan yang maha mutlak.
  3. Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaanya.
  4. Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.

Keempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah terhadap "Dinullah" atau "Dinulhaq" yang mana mengandungi tiga ciri penting:


i.Iman  kepada Allah
ii.Iman kepada hari kemudian (akhirat)
iii. Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.


Islam Sebagai Suatu Sistem Khusus.


Islam sebagai suatu sistem khusus bermaksud: "Islam sebagai agama yang datang dari Allah, merupakan peraturan yang mengatur kehidupan manusia, agar manusia dapat mengabdikan diri dalam konteksnya yang sebenar". Sesuai dengan fungsi kejadiannya dan dalam masa yang sama, dapat pula menikmati kehidupan dan berbahagia sama ada di dunia maupun di akhirat.



 


 

















 






 


__________________


Status: Offline
Posts: 19
Date:
More on knowing Islam and becoming a Good Muslims


Assalamualaikum,


 


You may read and if you feel something is opposite from the Quran and Sunnah please say so.


I just love reading all this, because as a Muslims we want to grab both akhirat dan dunia.


From little knowledge we increase it and try to improve our way of life, insyallah. http://www.geocities.com/islamicwayz/



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard