Perkataan islam berasal dari Arab iaitu salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Terdapat hadith yang diambil dari sebuah hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Seorang Muslim ialah seorang yang selamat, seorang muslim yang lain dari lidah dan tangannya"
Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan "Islam" tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu.
Definisi islam mengikut istilah atau syara' adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan yang bersifat integraf yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu al-Quran dan Sunnah Rasul".
Definisi Islam semasa Jibril datang bertanya Rasulullah tentang Islam:
"Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam," Rasulullah S.A.W. menjawab: "Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke baitullah jika engkau kuasa".
Definisi Islam menurut hadith Rasulullah S.A.W.
Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus , benar dan harmoni.
Di atas asas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangn yang luas skopnya, sama ada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan.
Di atas sistem kerohanian yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh, suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah pelaksanaan kedua-dua sistem ini secara serentak. Pengertian Ad-Din
Ad-Din bererti 'Pasrah','menyerah','tunduk','perhitungan' dan lain-lain . Perkataan 'Din' (dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang ad-Din (dalam bentuk makfirah) bermaksud, cara hidup yang telah di tetapkan oleh Allah. Ia merupakan suatu istilah yang terdiri dari empat bahagian:
Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah S.W.T).
Penyerahan diri zahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetian kepada kekuasaan yang maha mutlak.
Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaanya.
Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.
Keempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah terhadap "Dinullah" atau "Dinulhaq" yang mana mengandungi tiga ciri penting:
i.Iman kepada Allah ii.Iman kepada hari kemudian (akhirat) iii. Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Islam Sebagai Suatu Sistem Khusus.
Islam sebagai suatu sistem khusus bermaksud: "Islam sebagai agama yang datang dari Allah, merupakan peraturan yang mengatur kehidupan manusia, agar manusia dapat mengabdikan diri dalam konteksnya yang sebenar". Sesuai dengan fungsi kejadiannya dan dalam masa yang sama, dapat pula menikmati kehidupan dan berbahagia sama ada di dunia maupun di akhirat.