Assamualaikum... ada sesiap terjumpe stapler saya? saya rasa termasuk dalam plastik lepas buat ketupat raya arituh. bentuk fizikal dia sangat comey dgn kaler kebiru-biruan. Tuh la stapler saya sepanjang berada kat UK. Sapa2 terjumpe sila la khabarkan pada saya. Tapi takde ganjaran le. Rasanya ada kat Fylde. Terima kasih ye kalau jumpe. P/s: saya dah rindu sungguh kat stapler tu..tertekan jiwa dan raga.
Citer ni tak melibatkan atau kena mengena sama ada yg idup atau yang mati. harap maklum. sapa terasa minta maaf.
Pernah tak korang rasa kehilangan..tak kira la hilang apa-apa. Bila ko tgk kat tempat yang selalu 'dia' ada ko jadi rindu, bila ko duduk sorang2, ko menung, ko ingat 'dia', ko jadi sayu..
Bila ko tgk orang lain ada rupa2 'dia', ko rasa pilu. Bila tido ko pusing kiri ko pusing kanan ko teringat 'dia'. Lalu ko pinjam sedara dia 'dari' orang lain, tapi tetap ko rasa tak sama je. Ko nak ganti 'dia' dgn yang lain ko rasa tak berdaya. Waktu ko belaja, tak kira kat library ke, kelas ke kat mana2 ke selalu 'dia' teman ko. 'Dia' setia dgn ko sesetia ko dgn 'dia'.
Tapi kini ko dah kehilangan 'dia' seperti mana aku kehilangan 'dia'. aku tahu salah aku. arituh aku tak nak kenalkan 'dia' kat semua orang, tapi waktu tu semua perlukan 'dia'. aku tatang2 dia, aku belai2 dia, ekor mata aku, aku lirik tajam bila orang tarik 'dia' ke sana sini. sebab aku tak nak orang curi 'dia' kerna aku sayang 'dia'. pada malam itu aku terlalu gembira hingga aku lupa mana aku campakkan 'dia'.
Namun kini aku pasrah. 'dia' yang ku sayang, yang ku bawa kulu kilir hilang ntah di mana. akhirnya hingga ke hari ini tidak ku jumpa. Biarlah aku menanggung derita. walau ramai yg datang menggoda.
wahai stapler biruku yg kurindu, pulanglah dikau..sesiapa yang terjumpa hantarkan kepadaku kembali. kerna aku amat memerlukannya utk staple nota2 aku..sebab ...sebab.. nota2 aku semua dah berterabur..uwaaaaaaaaa!!
sekian sahaja cerita aku sebuah (sebuah ker??) stapler untuk esei UPSR 2004.
Cinta yang sejati hanyalah cinta Illahi. Resam duniawi, yang datang akan pergi, yang hilang akan berganti. Yang penting, teruskan perjuangan. Waterstone ada membekalkan stapler, pergilah. Moga terubat rindu dihati. kalau nak tunggu birthday gift, mesti ada kerja yang terbengkalai. Rasul Allah berpesan, janganlah urusan dunia menghalang urusan akhirat.
Aku nak masukkan karangan kau dalam blog aku ler.. hehehhehe
__________________
"Success in almost any field depends more on energy and drive than it does on intelligence. This explains why we have so many stupid leaders."
-Sloan Wilson
hehehe..muahhaha..ni semua semula jadik ni.. sebab rindu
to kak eda, saya dah jumpe dah stapler tu. ada tersimpan kat seseorang. bak kata orang tu dia nak antar malam ni. erm... jejak kasih betul la. tak yah nip tuck!