Nenda ku pergi meninggalkan dunia yang fana ini, yang tiada nilainya, ke alam baka yang kekal abadi.
Masih ku ingat,
Nasihat beliau ketika aku pulang membawa isteri tersayang,
"Bila ada anak nanti, jangan manjakan sangat anak, nanti rosak"
dibisikkan di telinga ku...
Beliau bekerja cuma menanam sayur-sayuran di tebing sungai dan menjual bunga-bungaan di Pasar Besar Pasir Mas,
Alhamdullilah dengan keringat tersebut beliau setiap tahun menghabiskan masa ibadatnya di bumi Allah di bulan Ramadhan.
Setiap tahun ku pulang ke kg menyambut syawal. Beliau berada nun jauh di Rumah Allah. Mengapai tangan memohon doa.
Nenda ku menjaga makan,
Junk food, makanan segera dan moden tak mahu disentuhnya,
Kudapannya cuma hasil dari bahan yang tidak diproses dan yang asli sahaja. Sambal lada pasti sentiasa ada itupun untuk cuma 5 hari dalam seminggu. Isnin dan Khamis jadi rutin hari berpuasa.
Setianya pada masjid,
Nenda ku merupakan pengunjung setia masjid peninggalan arwah atuk. Setiap ketika setiap waktu sehingga beliau mendapat strok setahun yang lepas... walaupun masjid di seberang jalan nenda ku terpaksa keluar lebih awal kerana melintas jalan di situ seperti melintas lebuhraya ...kerana setiasa sibuk dengan kereta...
Santunnya pada anak-anak dan menantu...
Nenda ku sentiasa melayan anak-anak dan menantu dengan sebaik yang mungkin... ayah ku merupakan menantu dan melayan beliau umpama seorang anak...mungkin bahasa mereka sama ( ayah ku dalam usia 80 an)...
Nenda ku pergi jua akhirnya. InsyaAllah semua cucumu (yang ku ingat lebih kurang 100 orang-maaf ada yang ku tak kenal dan cicit lebih kurang 60 orang ) akan menjadi orang yang soleh dan berbakti kepada Allah dan Rasulnya.
Nenda ku,
Generasi lama yang terakhir tanpa teman, tanpa ibu, tanpa bapa, tabah menghadapi dunia ini insyaAllah di akhirat nanti jua.
InsyaAllah akan ku kunjungan pusara mu bila pulang ke tanah air. Dari jauh ku kan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu agar mendapat Redha Allah yang Esa.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...