Tak berapa hari lagi kita nak menyambut Ramadan. Insyallah, saya ingin menjemput rakan2 wanita (kaum ibu dan single) untuk ke rumah saya bagi mengadakan satu sembang2 petang. Berikut adalah details:
Tarikh:2/10/2005 Masa: 2:45 ptg-4ptg Tempat: 4, Aberdeen Rd (Dekat ngan rumah Kak Zarina). Agenda: 2:45: ketibaan tetamu yg dihormati 3:00: Kata aluan, doa pembuka 3:10: Tajwid 3:30: Tazkirah ringkas: Bulan Ramadan 3:50: Diskusi / Bacan Al-Mathurat 4:00:Minum ptg/ Boleh tukar2 resepi untuk berbuka.
Jikalau kesukaran untuk tidak membawa anak2 bersama, digalakkan membawa anak2. Insyaallah, sama2 kita doakan agar perkara baik ini dipermudahkan oleh Allah. Minta tolong rakan2 serta adik2 semua membawa surah Yassin, mungkin jika ada kesempatan masa, kita boleh mengadakan doa selamat dan doa kesyukuran untuk ke semua rakan2 dan adik2 kita yg masih gagah berjuang dan untuk yang sudah berjaya membawa pulang Phd, tetapi perjuangan masih belum selesai.
Adik2 yang tiada kenderaan, boleh tanyakan kakak2 yang masih available keretanya. Itu sahaja. Terima kasih.
Volume 3, Book 31, Number 122: Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "When Ramadan begins, the gates of Paradise are opened."
Thanks kak Rina for hosting today's event. And jugak to kakak2 yg bawak juadah, yang mmg sedap bangat!!
Menjelang Ramadhan yang bakal tiba, Syitah nak ambil kesempatan ni nak mintak ampun dan maaf kalau ada salah silap, dan halalkan makan minum. Mudah-mudahan, inshaAllah, Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. :)
Sempena Ramadan , ni saya pun ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yg tidak disedari atau sedar, bergurau , dsbnya. Alhamdullilah, terima kasih semua kpd. yg hadir. Bukan sahaja kuih yg sedap bangat, tapi ilmu yg sedikit , rasa macam sedap bila dapat sama2 berkongsi. Insyallah, kalau ada rezeki, majlis ilmu ini akan terus hidup.
Sedikit conclusion drpd sembang2 ptg, untuk dapat puasa yg itqan dan ihsan , puasa badani dan rohani. Iaitu puasa anggota badan dan kebersihan hati. Oleh itu, sama2 lah kita saling bermaafan agar dapat kita melaksanakan amalan lain dengan lebih sempurna lagi di bulan mulia. Jadikan Ramadhan kali ini yg terbaik , sebab mungkinkah kita masih hidup pada Ramadhan tahun depan? WallahuA'lam.
Selamat Berpuasa kepada semua warga Muslim Malaysia di Bumi Lancaster & Preston.
Kami sekeluarga ingin meminta ampun dan maaf sekiranya selama 3 tahun berada di bumi Lancaster ni kami telah mengecikkan hati anda semua secara langsung dan tidak langsung. Diminta ampunkan, yea...
Kalau ada kelapangan, especially waktu weekend ke, silalah ke rumah kami di:
38 Gressingham Drive, phone: 843 054...
kalau nak makan apa-apa ke...call dulu, ok....kat rumah or kat ofis (10349)
Pautan berikut sangat berguna berkaitan dengan haid dan nifas. Kalau mahu dalam bentuk buku boleh tel: (5)92571. Ianya sangat penting, apatah lagi ianya berhubung kait dengan ibadah puasa dan solat yang kita jalani sekarang/akan datang. Mungkin ada yang dah tahu (Alhamdulillah). Kalau yang kurang pasti buku ini boleh membantu InsyaAllah. Buku ini dikategorikan baik kerana setiap dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis ditampilkan sumbernya, jadi kita boleh rujuk dgn buku tafsir dan hadis sahih.