Kelas mengaji Al-Quran akan diadakan semula selepas Ramadhan Al-Mubarak. Kelas hanya akan diadakan pada malam hujung minggu sahaja (Ahad, malam Isnin 6-8pm) dengan harapan memberikan peluang kepada anak-anak Islam yang lain yang berminat untuk mempelajarinya (atas izin ibubapa yang prihatin). Semuanya adalah PERCUMA, cuma perlu berkorban sedikit masa yang Allah berikan kepada kita pada hujung minggu.
Perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana atas beberapa sebab yang tidak dielakkan terutama atas sebab akademik (penyelia saya berhasrat melihat saya bergraduat dalam tempoh 2 tahun ini, InsyaAllah). Jadi saya kena lebih bertekun dan berusaha lebih gigih lagi. Terima kasih kepada Kak Ida kerana memberi tips belajar kepada saya bagaimana hendak belajar dengan lebih berkesan.
Pelajaran bergantung kepada kepandaian pelajar. Penekanan kepada hafalan surah pendek agar anak-anak dapat menunaikan solat dengan sempurna. Tajwid dan lagu kemudian. Selain daripada itu bertujuan untuk menghidupkan hati anak-anak agar enak dengan al-Quran.
Kita berdoa bersama-sama agar anak-anak kita ini menjadi anak yang soleh dan beriman dan biasa dengan cara hidup islam . Bak pepatah org tua-tua "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Kita boleh merancang cuma Allah yang menentukan. Kalau dah cuba didik dengan baik hari ini, insyaAllah, kita tidak ralat dikemudian hari.
-- Edited by Deedat at 12:51, 2005-09-26
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...