E-mail daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik) UPM untuk semua tutor/pensyarah yang cuti belajar.
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Mengikut rekod saya dapati ramai tutor/pensyarah yang sedang bercuti belajar tidak menghantar laporan kemajuan yang diulas oleh penyelia masing-masing setiap semester sebagaimana yang diperlukan. Ia juga menyebabkan saudara/I dikategorikan sebagai pegawai bermasalah dalam rekod saya. Masalah ini akan menjadi rumit sekiranya saudara/I menghadapi masalah pengajian dikemudian hari.
Setakat ini saya telah menerima beberapa permohonan/rayuan untuk menukar universiti/penyelia/kursus dan sebagainya dari staf beberapa bulan yang lalu. Terdapat juga kes yang mana staf tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing setelah tempoh maksimum tanpa gaji dan biasiswa 24 bulan (bagi program sarjana)/48 bulan (bagi program PhD) diberikan. Ini bukan sahaja merumitkan staf malah menggagalkan perancangan HRD staf akademik UPM.
Untuk memastikan keputusan yang adil dan objektif dilakukan, saya sebagai Pengerusi Lembaga Biasiswa dan Cuti Belajar (LBCB) UPM meminta staf mengambil serius masalah ini dan mengarahkan supaya semua staf yang bercuti belajar menghantarkan laporan kemajuan pengajian masing-masing setiap akhir semester pengajian. Kegagalan berbuat demikian akan dikhuatiri merugikan saudara/I kerana pertimbangan akan berdasarkan fakta dan kronologi setiap kes.
Harap saudara/i dapat membantu kami supaya kami boleh membantu anda. Selamat maju jaya dalam pengajian masing-masing.
Terima kasih.
Prof. Radin Umar PhD, PEng, PCM, FASc. Deputy Vice Chancellor (Academic and International Affairs) Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang
MALAYSIA
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...
Borang laporan kemajuan terbaru dari UPM. Harap jangan salah hantar kepada pengawai yang ditugaskan. Sekarang ini Pn Zaida yang mengendalikan. Kalau hantar kepada yang lain mungkin sampai mungkin tak sampai.
Saya boleh forwadkan kepada yang mahu.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...