katak-katak kecil itu hidup bersama2...tapi malangnya mereka tinggal di bawah sebuah tempurung. mereka tidak pernah berfikir dan berusaha untuk keluar dari bawah tempurung itu tetapi mereka selalu mengimpikan bahawa akan ada mahkluk yang akan mengeluarkan mereka dari situ. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari seorang lelaki telah tersepak tempurung itu maka berlompat-lompatan lah katak2 itu dgn sangat gembiranya kerana apa yg mereka angankan telah tercapai. Tidak semena2, dgn kuasa Tuhan, seorang budak kecik telah tersepak tempurung itu dan tempurung itu terbang menutup kumpulan katak2 itu kembali. maka hiduplah mereka di bawah tempurung itu sambil berangan2 dan menunggu agar ada orang lain yang akan menyepak tempurung itu dan membebaskan mereka.
moral of the story: takde sapa akan tolong kita kalau kita tak tolong diri kita sendri.
-anak cina makan pengat..sendri mau ingat la... :P-
Ok, ni dia sambungan sebenar cerita katak nie. Ada technical problem sikit mula mula tu. Tak dapat nak load gambar etc. Tapi telah dibetulkan. Marilah bersama-sama menghayati cerita Katak Kecil sumbangan Abang Wan Abdullah & Kak Amnah. So here it is:
Cerita tentang katak kecil
Pelajaran HidupNo. 1
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,...… yang berlumba-lumba
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Er.. katak ni ke yang panggil hujan ke Lancaster over these past few days?
__________________
"Success in almost any field depends more on energy and drive than it does on intelligence. This explains why we have so many stupid leaders."
-Sloan Wilson
Bukan katak tu lah yg panggil hujan. Katak tuli mana bleh bersuara sangat. Mungkin yg panggil hujan tu, katak yg dikejar ular kot. Ana, apa dia first prize untuk katak tuli tu? Katak lain dapat sijil penghargaan tak?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..... -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12