(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) > Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya > terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia > dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian > terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang > yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta > naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. > > (2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) > Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, > nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan > nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa > membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya > dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya > rohaninya. > > (3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) > Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, > nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan > membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca > ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran > dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya > Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak > terhitung banyaknya. > Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan > meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan > para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk > sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang > lain : > Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan > membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota > nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal > dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain > mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, > nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah > sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para > Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati > Syahid. > Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, > nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang > terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran > ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. > > (4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) > Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) > sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara > bahaya. > > (5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) > Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia > akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari > gangguan jin. > > (6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) > Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia > akan terselamat dari kejahatan para penjahat. > > (7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) > Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang > mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat > dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat > 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada > orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta > lagi. > > (8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) > Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari > segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh > penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. > > (9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) > Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap > sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan > terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, > ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan > mendapat rahmat Allah. > > (10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) > Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan > di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. > > (11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) > Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan > akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah > ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju > perniagaannya itu. > > (12) SURAH YUNUS (Yunus) > Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang > hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan > selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan > terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau. > > (13) SURAH AL-HUD (Hud) > Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan > serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 > dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari > gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. > Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas > tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. > > (14) SURAH YUSUF (Yusuf) > Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan > kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia > akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac > ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan > kepada anak-anaknya. > > (15) SURAH AR-RA'D (Petir) > Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari > petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya > Penyakit jantungnya akan sembuh. > > (16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) > Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya > anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan > bida'ah. > > (17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) > Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas > perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak > kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. > > (18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) > Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang > yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. > Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari > perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- > orang yang setempat dengannya. > > (19) SURAH AL-KAHF (Gua) > Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. > Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat > rezeki yang murah. > > (20) SURAH MARYAM (Maryam) > Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan > di akhirat. > > (21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) > Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya > ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. > Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- > tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan > akalnya akan sempurna. > > (22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) > Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan > mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t . > > (23) SURAH AL-HAJ (Haji) > Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. > > (24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) > Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang > yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya > lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya > akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari > kecurian dan serangan musuh. > > (25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) > Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi > yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari > Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang > ramai. > > (26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) > Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu > air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat > dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. > > (27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) > Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan > senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang > berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. > > (28) SURAH AN-NAML (Semut) > Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal > kepadanya. > > (29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) > Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka > tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 > hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan > sempurna dan budi pekertinya akan halus. > > (30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) > Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa > membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. > > (31) SURAH AR-RUM (Rum) > Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang > hendak menzaliminya. > > (32) SURAH LUQMAN (Luqman) > Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala > penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca > ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. > > (33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) > Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas > kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- > gala penyakit ruhani dan jasmani. > > (34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) > Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya > ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa > membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan > membinasakan musuh-musuhnya. > > (35) SURAH SABA' (Saba') > Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, > terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. > > (36) SURAH FAATHIR (Pencipta) > Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan > memberkati perniagaannya. > > (37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) > Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati > dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya > akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu > hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca > surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- > maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut > itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku > ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." > Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala > hajat dan cita-citanya. > Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu > berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu > bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. > Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, > nescaya akan maju perniagaannya itu. > Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati > pada malam itu, mesti ia mati syahid. > Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, > nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh > seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan > mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah > ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat > surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith > tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. > > (38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) > Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada > gangguan jin. > > (39) SURAH SHAAD (Shaad) > Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat > kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat > 'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain" >