Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: JANGAN BACA !!! TAK PENTING!!!!


Status: Offline
Posts: 1
Date:
JANGAN BACA !!! TAK PENTING!!!!









APAKAH HUKUMNYA  MENUNTUT CHILD BENEFIT  DI BRITAIN?

[Last update: 28. 08. 2004]

Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum Keluarganya dan  para Sahabatnya








Muqaddimah: Saya telah ditanya oleh seorang sahabat di UK ini berhubung dengan hukum dari segi Islam bagi pelajar-pelajar Malaysia membuat tuntutan Child Benefit, Working tax credits dan lain-lain dari Public Funds di Britain. Adakah ianya dibenarkan oleh Islam atau tidak?


Saya bukanlah mufti atau autoriti yang berkuasa memberikan fatwa. Justeru saya sarankan dirujuk fatwa  para alim-ulama besar samada mufti-mufti di Malaysia, pihak JAKIM atau pun alim-ulama di Britain sendiri. 


Pun begitu, isu ini acapkali diperkatakan dan dalam masa yang sama agak sensitif dibicarakan. Menyedari  bahwa yang haq itu tetap haq dan yang bathil itu bathil, lalu saya beranikan diri paparkan di bawah ini sedikit pandangan peribadi saya, setelah merujuk kepada  sahabat di sini, dan juga setelah menyelidiki beberapa pendapat lain yang bersumberkan  nas-nas yang jelas lagi sahih, bagi mereka yang inginkan panduan,  sementara menunggu fatwa rasmi atau pendapat lain yang lebih kukuh. Moga-moga ada benarnya di sisi ALlah swt atas apa yang diperturunkan ini dan ada manfaatnya jua untuk kita bersama. Wallahu 'alam.




Dalam kes ini, pertama sekali kita perlu meneliti kedudukan kelayakan (eligibility) kita sebagai warga Malaysia/ rakyat asing yang berada di bumi Britain ini. Oleh itu:


(1) Jika sekiranya warga Malaysia/orang asing dibenarkan mengikut undang-undang Britain mendapatkan benefits yang disebutkan tadi, maka tiadalah ia menjadi satu kesalahan dan diharuskan mengikut syarak;


(2)Walaubagaimanapun, bagi pelajar Malaysia yang datang ke sini bersama Visa masing-masing tercatat "No Recourse to Public Funds",  kita sewajarnya menyemak dahulu  apakah tafsiran  "public funds"  itu. Ianya boleh dilihat di salah satu laman berikut:
          i. UK  Visas Public Funds List;
      ii. Definition of Public Funds
 
Maka jika apa yang dimaksudkan "No Recourse to Public Funds"  di sini  termasuk juga di dalamnya child benefit/ working credit tax benefits dan lain-lain seperti yang disenaraikan di laman berkenaan, maka adalah jelas sekali hukumnya Haram di sisi Islam menuntut wang yang tidak layak  dituntut oleh kita.
 
Di bawah ini disandarkan juga hujah-hujah tambahan:
 
(i) Melanggari Aqad/Kontrak/Janji
 
Visa kita jelas tertera "No Recourse to Public Funds" apalagi hujah yang ada bagi kita menghalalkan kita menuntut wang dari tabung (funds) yang kita awal-awal lagi ditegah mendapatkannya? Terus-menerus menuntutnya bukankah bermaksud melanggar syarat/kontrak/aqad/janji yang ditetapkan oleh kerajaan Britain terhadap kita bagi membenarkan kita masuk dan tinggal di sini tatkala meluluskan permohonan Visa tempoh hari? Sedangkan orang beriman itu berpegang teguh kepada janji/aqad seperti mana mafhum firman ALlah swt:

            "Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji/aqad kamu" (al-Maidah 5:1)


Dan penuhi (setiap) perjanjian ('ahd) kerana (setiap) perjanjian itu akan disoal di Hari Qiamat kelak


(al-Isra:34)


Orang yang melanggari penjanjian digelar "pengkhianat" dan sesungguhnya ALlah amat benci kepada pengkhianat (al-Anfal:58). Ianya juga tergolong di dalam ciri-ciri orang munafiq iaitu "apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan, ia khianat" [Sahih al-Bukhari no.33,34]. Nabi s.a.w. turut memberi amaran, maksudnya:


"Orang yang tidak memenuhi amanah  itu tiada Iman, dan orang yang tiada


menunaikan janji  itu tiada agama"       [Imam Ahmad]


(ii) Mengambil Yang Bukan Hak Kita
 
Jika "No Recourse to Public Funds" itu bermakna kita tidak boleh membuat tuntutan (claims) terhadap segala benefits yang disenaraikan, namun jika kita masih berdegil dan terus menuntutnya bermakna kita sudah menuntut sesuatu yang bukan hak milik kita. Kita tidak berhak atas Public Funds berkenaan walau satu Penny sekalipun. Jika ia bukan hak kita, maka ianya pasti adalah hak orang lain, hak rakyat Britain misalnya.  Maka kita telah mengambil hak mereka. Adakah lagi  istilah lain yang lebih tepat selain dari "mencuri" bagi  perbuatan mengambil sesuatu yang bukan milik kita? Apakah pula hukumnya mencuri dalam Islam? Namun mencuri di zaman internet ini tidak sama dengan mencuri di zaman dahulukala seperti mencuri telur dan ayam yang jelas dan nyata. Tetapi kini ianya begitu licik, professional dan halus  (subtle) dibuat dengan hujung jari secara Online, namun intipatinya, kaedahnya, semangatnya (spirit) tetap sama iaitu "mengambil sesuatu bukan milik kita".
 
 
(iii) Menipu
 
Seperti yang dikhabarkan, adalah terlalu mudah untuk membuat tuntutan berkenaan bahkan ianya boleh dibuat menerusi internet secara online oleh sesiapa sahaja asalkan mempunyai nombor NI. Kecenderungan untuk memberikan maklumat yang kurang tepat biasanya sering berlaku, termasuklah juga menyembunyikan maklumat tertentu atau ringkasnya wujudnya unsur-unsur penipuan bagi memastikan permohonan memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Ini semua adalah tuntuan palsu (false claims) yang boleh dikategorikan sebagai kesalahan Public Funds fraud iaitu menipu dana awam. Modus operandinya berbeda-beda, ada yang menipu sebagai "single parent" (tiada pasangan)  sedangkan isteri setia di sisi menemani bersama  anak berderet-deret, dan  ada pula menipu sebagai masih menetap di sini menggunakan alamat teman sebagai proksi bagi memperbaharui permohonan tahunan (renewal), sedangkan sudah sekian lama selamat kembali ke tanahair. Namun, menipu tetap menipu, as simple as that!
 
Menipu itu jelas sekali merupakan satu dosa besar di sisi agama seperti mana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud.:

"Sesiapa yang menipu bukan dari kalangan kita (Islam)"


[Imam Muslim, Tirmidhi, Abu Dawud]


Menipu itu tidak dibenarkan sama sekali dalam apa jua keadaan biasa bahkan ada ulama'  yang turut tidak membenarkan bercakap bohong walau di dalam keadaan peperangan sekali pun. [rujuk Abu al-Su'ud, Fath al-Mu'in 'ala Sharh Mulla Miskin] Imam Ahmad turut menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa:

 "Orang mu'min itu boleh disifatkan dengan semua sifat kecuali berbohong dan menipu"


[Imam Ahmad, Tabarani, Bayhaqi dan Abu Ya'la]


 


Andaikata pihak berkuasa Britain ditunjukkan passport kita yang tertera "No Recourse to Public Funds", adakah rasanya kita masih diberi benefits tersebut? Maka jika besar kemungkinan jawapannya tidak, maka mereka yang memperolehi benefits berkenaan hari ini sudah pasti disebabkan pihak berkuasa tidak menyedari akan hakikat sebenar, samada kerana adanya  fakta yang kita sendiri sembunyikan  atau sebab-sebab lain.


 
 
Boleh Tidak Jujur Terhadap Orang Bukan Islam?
Hukum berpegang kepada janji/aqad dan bersikap jujur dan tidak menipu bukannya hanya tertentu antara sesama saudara Islam sahaja, tetapi juga meliputi sekalian manusia Islam dan bukan Islam. Adalah menjadi kesalahan apabila adanya sesetengah orang berpendapat bahawa tidak menjadi masalah menipu, pecah amanah atau tidak jujur terhadap orang kafir, walhal ianya juga tetap sama haram dan berdosa hukumnya. Entah siapakah yang kononnya membenarkan dan menghalalkan akan perilaku jijik dan tidak berakhlaq sedemikan. Bukankah Rasulullah s.a.w. itu diutuskan bagi menyempurnakan akhlaq yang mulia? [Muwatta' dan Musnad Ahmad], dan sabda baginda "Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang paling baik akhlaqnya" [Bukhari].
 
Pernah diceritakan bahawa suatu ketika di dalam Peperangan Khaybar antara orang Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan orang Yahudi, tatkala tentera Rasulullah telah berjaya mengepung kota Khaybar itu, keluarlah seorang pemgembala Yahudi yang miskin membawa bersamanya kambing-kambing milik tuannya menuju ke arah tentera Islam bertanyakan di mana baginda s.a.w kerana telah mendengari Islam dan ingin tahu lebih lanjut. Dia pun ditunjukkan tempat Rasulullah lantas bertanya baginda s.a.w berhubung dengan Islam dan kemudiannya berkata " Apakah kedudukan aku jikaku memeluk Islam?" Baginda s.a.w. bersabda " Aku akan memelukmu dan kau menjadi saudaraku dan menikmati hak yang sama seperti orang Islam lain. Dia berkata lagi "Aku orang miskin, keadaanku teruk. Aku hitam, pakaian dan tubuhku berbau busuk" Jawab baginda s.a.w. "Aku akan memelukmu kerana semua hamba sama di sisi ALlah swt" Dia bertanya lagi "Apa akan jadi pada nasibku jikaku memeluk Islam?" Sabda Nabi s.a.w "Aku naik saksi bahawa  jika kau memeluk Islam, ALlah akan tukarkan kegelapan badanmu kepada cahaya dan busuk baumu kepada harum". Kata-kata Rasulullah s.a.w. itu memberi kesan kepada hatinya lantas beliau memeluk Islam.
 
Selepas beliau memasuki Islam, beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apakah kewajipan pertamanya? Baginda menjawab bahawa di ketika ini mereka sedang berperang maka kewajipan beliau yang pertama sekali adalah menyertai jihad ini. Walaubagaimanapun sabda Rasulullah s.a.w. yang pertama-tama sekali yang perlu beliau lakukan ialah mengembalikan dahulu kambing-kambing milik tuan Yahudinya itu dan barulah boleh ikut  serta berjihad.
 
Begitu sekali telitinya Rasulullah s.a.w. dalam hal ini kerana kambing-kambing yang bersama-sama dengan pengembala Yahudi yang baru memeluk Islam itu bukan miliknya tetapi amanah tuannya dari kalangan Yahudi, yang perlu dikembalikan semula amanah tersebut kepada empunya walaupun di ketika peperangan. Sedangkan  di dalam peperangan, dibenarkan mengambil harta benda musuh, tetapi memandangkan pengembala berkenaan telah berjanji dengan tuan punya kambing-kambing itu sebelum peperangan dan sebelum beliau memeluk Islam, maka janji itu perlu ditunaikan dan amanah itu perlu dijaga. Inilah dia hukum Islam dan kedudukan Syari'at Islam dalam hal amanah, dan ehwal harta benda  yang bukan milik kita. Alangkah cantik dan indahnya Islam jika umatnya menghayatinya.
 
Setelah memulangkan kambing-kambing berkenaan, pengembala itu kembali dan ikut serta berjihad dan beliau syahid. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabat bahawa aku melihat sendiri  beliau dimandikan dengan air suci dari syurga dan kulitnya bertukar dari hitam ke putih bercahaya dan dari bau busuk badannya ke harum semerbak.

 
Tindakan segelintir di kalangan kita yang mengambil kesempatan di atas sistem masyarakat Britain ini yang agak jujur dan "mempercayai" (trust) maklumat yang diberikan kepada mereka tanpa memerlukan pelbagai pengesahan seperti di tanahair amat mendukacitakan dan mencemarkan nama baik umat Islam. Tuntutan pelbagai benefits  seperti yang disebut sebelum ini, turut dilakukan segelintir di kalangan kita walaupun sudah tamat pengajian dan selamat kembali ke Malaysia jelas sekali merupakan "penipuan berganda" kerana jika berada di sini pun kita sememangnya tidak layak menuntutnya apatah lagi apabila sesudah kembali ke tanahair.
 
 
Penipuan Kad Kredit dan Online Shopping
Termasuk juga di dalam bab menipu ini yang sering kita dengar hari ini ialah penipuan kad-kad kredit.  Adanya  segelintir pelajar-pelajar Malaysia meninggalkan hutang beribu pound tanpa menjelaskannya apabila kembali ke tanahair. Begitu juga dengan pembelian yang dibuat secara on-line dengan pelbagai tipu muslihat seperti kerosakan yang disengajakan dan dibuat-buat bagi menuntut ganti baru (new replacement), penipuan insuran pembelian dengan cara sengaja merosakkan barangan sebelum tempoh insuran berakhir, mendakwa barang dibeli Online kononnya tidak diterima dan pelbagai lagi yang kesemuanya dikategorikan menipu dan hukumnya jelas sekali haram dan berdosa.  Sesuatu yang haram sayugia tidak dipandang ringan kerana yang haram adalah perlakuan dimurkai ALlah dan sesiapa yang tetap melakukan apa dimurkai ALlah, selayaknya menerima balasan azab seksanya, Nauzubillah. Ekoran dari sikap segelintir mereka ini,  ianya telah turut menimbulkan pelbagai kesusahan kepada generasi berikutnya yang datang ke UK termasuklah kesukaran membuka akaun dan mendapatkan kad kredit.  Yang lebih malang lagi, ianya telah mencemarkan nama baik umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Tauladan dan akhlaq yang tidak baik orang Islam  itu juga  menjadi penghalang kepada orang bukan Islam memeluk Islam.
 
Adakah kita sanggup mengambil sesuatu yang bukan hak kita hanya kerana pihak berkuasa tidak menyedarinya? Orang mukmin sejati tahu membezakan yang halal dan yang haram dan tidak memerlukan pegawai penguatkuasa untuk mengawasinya. Cukup ALlah Maha Melihat itu yang sentiasa memerhatinya. Jika yang cerdik pandai bakal pemimpin yang dihantar belajar keluar negara ini pun tidak boleh menahan godaan beberapa ratus pounds sebulan untuk pelbagai benefits bukan haknya, apakah mungkin akan ada amanah jika di hadapannya diuji berjuta RM apabila menjadi pemimpin berkuasa di tanahair kelak?

Allah itu Maha Halus pertimbangannya dan Maha teliti kiraan bicaranya walau sebesar zarrah (al-Zalzalah 99:7-8). Harta yang diterima bukan dengan cara yang halal dan jalan yang haq walaupun sekadar 1 sen atau 1 Penny sahaja, samada dari orang bukan Islam atau Islam hanya akan menjadi bebanan dan sesalan di Padang Mahsyar kelak. Moga-moga ALlah mengampuni kita semua atas kesilapan dan kealpaan kita di masa lalu. Akhir kalam, sama-sama kita renungi peringatan dari Rasulullah s.a.w. mafhumnya kira-kira berbunyi, daging yang tumbuh dari sumber yang haram tiadalah terlebih layak baginya melainkan Api Neraka.  [Imam Ahmad]


 
ALlah jua Yang Maha Mengetahui
Wallahu 'alamu bisawab.
 
Nik Roskiman
 
PS: Ini adalah masalah Ijtihadiyyah yang mengambil kira suasana dan maklumat semasa yang diperolehi.  Jika ada yang berbeda pendapat, saya alukan mengemukakan nas-nas dan maklumat yang jelas untuk difikirkan kembali, mungkin ada yang saya terlepas pandang. Seperti kata Imam al-Syafi'e: "Pendapatku benar tetapi mungkin di sana ada kesilapan, pendapat selainku pula salah tetapi mungkin di sana ada kebenaran"    

رايي صواب ويحتمل الخطا    راي غير خطا ويختمل الصواب


 



Di bawah ini dipaparkan beberapa intipati respons (R) yang diterima bersama jawapan balas saya (J):
 

27.08.2004


(R) Apabila kita memohon, pihak Inland Revenue UK yang meluluskan permohonan kita, itu bukan salah kita, dia beri kita ambil lah.
(J) Kenapa memohon jika tuan sedar tuan tidak layak, in the first place? Tindakan tuan memohon itu jelas sekali berniat tidak jujur dan cuba mengeliru dan menipu. Inland Revenue mungkin tidak memiliki maklumat sepenuhnya berhubung dengan tuan,  atau mungkin juga mereka tersilap meluluskan. Kesilapan itu tidak akan berlaku jika tuan tidak memohonnya terlebih dahulu.
 
(R) Orang semua minta dan dapat, saya pun minta lah.
(J) Dalam Islam, tuan tidak boleh ikut apa sahaja yang orang ramai buat kecuali tuan pasti yang ianya tidak menyalahi Syarak. Ramai orang menipu dan makan rasuah tidak semestinya ianya tidak salah. Yang salah tetap salah walau seramai mana pun orang membuatnya. Ramai tidak semestinya benar.  Yang masuk neraka pun ramai juga, kerana mereka tidak menggunakan aqal, hati, mata, dan  telinga mereka bagi mencari kebenaran dan yang haq (al-A'raf 7:179.)
 
(R) Orang yang belajar agama pun ada juga yang mengambilnya.
(J) Wallahu'alam, itu saya serahkan pada ALlah menilai mungkin mereka ada hujjah-hujjah yang saya tidak mengetahuinya. Silalah tanyakan pada mereka apa hujjah mereka. Namun tuan sebagai cerdik pandai boleh menilai sendiri berdasarkan hujjah-hujjah yang diberikan oleh saya dan mereka, yang mana satukah yang tuan rasakan di pihak yang benar. Orang belajar agama pun bukannya tidak melakukan kesalahan, ada ketikanya mereka terlalai dan alpa juga. Moga-moga ALlah mengampuni mereka dan saya. Tanyalah hati kecil tuan pendapat mana yang lebih terkesan dan meyakinkan, kerana tuan akan dipertanggungjawabkan atas pilihan yang tuan buat. Lakukan sesuatu berdasarkan ilmu dan keyakinan bukan mengikut hawa nafsu dan perasaan kecintaan pada  dunia. .
 
28.08.2004
 
(R) Kirim salam pada Nik Roskiman, dia baru di sini dia ingat orang British baik sangat. Mereka tangkap orang guna Terrorist Act, susahkan memberi Visa, ada yang terkandas di airport berjam-jam jadi tak salah kita ambil duit mereka.
(J) Alaikumussalam, baru atau lama itu bukan isu. Yang salah tetapi salah. Tuan nampaknya hilang fokus tentang tajuk perbincangan. Kejahatan mereka tidak menghalalkan tuan terikut berbuat jahat.  Saya tidak pasti nas mana yang tuan sandarkan. Kejahatan mereka tidak pernah saya sokong, menyerang dan membunuh saudara Islam di Iraq misalnya. Tapi itu isu berasingan.
 
(R)Saudara menggunakan dalil-dalil ayat al-Qur'an dan hadith, ini bahaya. Saudara perlu tarik balik laman ini kerana boleh memecahkan perpaduan masyarakat.
(J) Orang Islam hidup berpedomankan al-Qur'an dan Sunnah. Saya ditanya hukum dari segi Islam, kalau bukan al-Qur'an dan hadis apalagi jawapan yang boleh saya sandarkan? Saya tidak bermaksud memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Saya menyatakan pendirian peribadi saya berdasarkan ilmu saya yang sedikit, jika tuan tidak bersetuju, itu hak tuan dan saya hormati.  Saya tidak perlu tarik balik laman ini, jika tuan ada hujjah yang lebih kuat, nyatakan dan saya akan siarkan sepenuhnya.  Atau tuan boleh bangunkan laman web tuan sendiri. Jika pendapat dan dalil tuan ternyata lebih kukuh daripada saya, saya sedia menarik balik laman ini dan mohon keampunan ALlah atas kesilapan Ijtihad saya ini.
 
(R) 'Ahd atau contract, perjanjian yang saudara dalilkan itu hanya perlu dipenuhi apabila melibatkan sesama Islam dan tidak dengan orang bukan Islam. Kita boleh menipu dan tidak amanah dengan orang bukan Islam.
(J) Saya belum berkesempatan menyemak tafsir-tafsir mu'tabar Ibn Kathir, al-Tabari, Zamakhshari dan lain-lain.. Namun saya pasti pendapat tuan kurang tepat. Sukacita saya petik di bawah ini sepotong kecil dari pendapat sekumpulan mufti yang tersiar di laman Islam Online. Tuan boleh lawati jika kelapangan di URL:
 http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=8619

"It is to be stressed that what is unlawful for a Muslim is still unlawful for him/her wherever he/she goes. Unlawful behaviors remain unlawful whether in a Muslim or a non-Muslim country. Muslim scholars agree that stealing from non-Muslims is forbidden. By having citizenship, a residence permit or a visa of a non-Muslim country, a Muslim enters into a peaceful agreement with non-Muslims, and he must respect the agreements and never betray them. This is because respecting agreements and treaties and honesty are among the basic characteristics of a Muslim"


(R) I went to Inland Revenue  three times asking them whether I have grounds to apply for the Child benefit or not, in spite of my visa indicates "No Recourse to Public Funds". The advisor said it is true that Child benefit comes under Public Funds but it is not bound by rules under it. The best thing, the advisor said is to submit the application and they will decide.


(J) If you notice from my answer above,  in the very beginning, the whole argument put forth  excludes  the situation in part (1) (now highlighted in yellow) for I clearly affirm that if it is legally right according to the laws of the land, then there is no objection at all to anyone applying what is legally and Islamically right for him. In other words, it is permissible, (harus). This article is not in the slightest intended to stop anyone from getting and enjoying what is rightfully his, legally and Islamically. All my arguments in part (2) rest on the premise of one's "ineligibility", but yet claiming for such benefits. My line of reasoning and justification would be in itself irrelevant if, after making enquiries and investigations,  you found out that in spite of "No Recourse to Public Funds" stamped on your visa, you are still legally entitled to the benefits (without having  to cheat or lie or conceal certain information in getting them approved). Go ahead then. In that case, it is obviously a non-issue here!


 Wallahu 'alam

link: http://roskiman.com/childbenefits.htm



__________________
Allah maha besar


Status: Offline
Posts: 148
Date:

 


Assalamualaikum,


Maaf bertanya?


Ada sesiapa di Lancaster yang mempunyai "hujah" yang lain atau punya sumber lain yang boleh dipercayai? Atau lebih berilmu dan alim daripada orang yang menampilkan "hujah" dalam kolum ini.


Harap saudara razak dapat membantu.


Bagi saya "it's clear". Betul ke dah 3 orang kena dakwa dan kena bayar balik bersekali dengan denda Pound 3000?



-- Edited by Deedat at 16:41, 2004-09-06

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard