Kami membuat sedikit bisnes dengan menjual nasi bungkus sekira-kiranya 2-3 hari dalam seminggu dengan resepi yang berbeza.
Tempahan terhad kepada 10 pelanggan sahaja setiap kali bisnes di buka. Tempahan boleh dibuat melalui telepon (92571) ataupun e-mail rabiatul98@yahoo.com Tempahan bermula 10 pagi sehingga 10 malam sehari sebelum bisnes dibuka. Makanan yang ditempah boleh diambil pada keesokan harinya dari jam 12 - 2 petang.
Untuk permulaan kami menjual Nasi Lemak ikan bilis + telur rebus + sedikit pedas, harga 2 pound dibungkus dalam bekas yang boleh di mikrowavekan + sudu bagi yang tak mahu guna tangan. Di jamin HALAL + bersih + suci.
Untuk permulaan- Hari Jualan: Khamis dan Selasa
Tempahan hari Khamis adalah pada hari Rabu dan Tempahan untuk hari Selasa adalah hari Isnin.
Mari...mari...mari...mari...mari...
Start minggu ini bagi sesiapa yang berminat, sibuk dan mahu masakan yang enak lazat berzat...dan yang tak ada masa nak masak.
Pelanggan boleh mengemukakan menu atau cadangan baru untuk di pertimbangkan.
Sekian.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...
Saya dengar yang En. Bakri pandai membuat nasi kandar yang sedap. Saya dan rakan-rakan amat teringin untuk merasa nasi kandar. Sekiranya ingin membuat nasi kandar, kami sedia membeli. Harap meletakkan cadangan ini dalam pertimbangan. Terima kasih.
Menu jualan untuk makan tengahari pada 14 Jun 2005 adalah Ayam Percik Kelantan Berserai + Sayur. Kalau berminat, tempahan boleh dibuat dari jam 10 pagi hingga 10 malam Isnin. Makanan yang ditempah boleh di ambil dari jam 12-2ptg hari Selasa. Harga masih 2 pound sebungkus (rasanya tak lah mahalkan). Sudu disediakan.
Halal + bersih + suci.
InsyaAllah TIADA perasa makanan digunakan seperti Ajinamoto dan seumpamanya. Semuanya dari bahan-bahan asli.
Bahagian ayam yang paling spesial untuk percik digunakan. Iaitu Peha Ayam + Lutut Ayam + Betis Ayam . Kecuali kehabisan stok.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...
Helmi, Sik,Kedah -" Saya jarang makan nasi kerabu kelantan, tapi setelah mencuba nasi kerabu en. bakri, hati terus tertawan. Terasa nak lagi mencuba menu seterusnya. Saya mmg recommend kepada org ramai untuk order"
Farid, Putrajaya -" Uhmm...sedapnya. ada lagi tak? nak order lagilah kalau macam ni"
Ayu, Kerteh, Terengganu - " Stok memasak kat dapur pun dah packed masuk dalam stor. Order makanan dari en. Bakri mmg menguntungkan dan best. Harga pun jimat, kepuasan terjamin. Jom order lagi"
Nizam, KB, Kelantan -" Best, ade lagi tak? Apsal order satu je tadi? Anyway, best!"
Menu sederhana dan biasa pada hari Selasa ini, 21 Jun 2005 adalah NASI BERIANI AYAM (Ayam + nasi dimasak dan digaul sekali). Ciri masakan adalah Panas (Hot ) but Not Spicy. Masakan disediakan pada hari tersebut oleh Chef Rabiatul Adawiyah Abdullah (sebelumnya pun chef yang sama). Harga masih 2 Pound sebungkus.
Halal + bersih + suci.
Harap maklum bagi yang berminat.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...
sekadar cadangan, kalau nak ramaikan customer, mungkin boleh buat advertisement in english. selain tampal kat forum ni, mungkin boleh tampal poster kat surau/pjgkan kepada kawan2 sekerja. sebab rasanya ada je orang2 non-malaysian yg suka / nak try malaysian food.
p/s nasi di sini lagi murah dari Wong's Kitchen :)
Sudah mencuba 2 kali rasa nak lagi.Makanan berkualiti,lebih murah dari burger pizzetta dan mengenyangkan.Mmg sesuai utk org2 macam saya yg malas nak masak tengah hari ni.Overall,the food,quality,and price is better than Jati(MAnchester),Mawar and Lemon Grass(London).
Untuk saudara Iman terima kasih, untuk makluman saudara Iman, resepi yang dibeli semalam (MEE REBUS) kurang satu bahan iaitu UDANG KERING, tetapi saya rasa rasanya boleh TAHAN. Sekian.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...
21 July Kari ayam + sayur + sambal belacan - Chicken Curry+vegetable+cook prawn paste. 2 pound (Belacan didatangkan khas dari Melaka - pure prawn paste from Malacca, very delicous + spicy)
26 July Nasi Lemak sambal sotong - Ginger Rice with squid dishes: 2 pound.
27 July Ayam masak kicap + sayur - Chicken cook with soya souce + vegetable: 2 pound.
Harap Maklum.
Halal+bersih+suci.
Interested: Call (5)92571 for any orders.
__________________
Sabar menanti hari ....
Tenang menunggu waktu...
Khusyuk meniti masa...