Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Makanan untuk dijual...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Makanan untuk dijual...


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Kami membuat sedikit bisnes dengan menjual nasi bungkus sekira-kiranya 2-3 hari dalam seminggu dengan resepi yang berbeza.


Tempahan terhad kepada 10 pelanggan sahaja setiap kali bisnes di buka.  Tempahan boleh dibuat melalui telepon (92571) ataupun e-mail rabiatul98@yahoo.com Tempahan bermula 10 pagi sehingga 10 malam sehari sebelum bisnes dibuka. Makanan yang ditempah boleh diambil pada keesokan harinya dari jam 12 - 2 petang.


Untuk permulaan kami menjual Nasi Lemak ikan bilis + telur rebus + sedikit pedas, harga 2 pound dibungkus dalam bekas yang boleh di mikrowavekan + sudu bagi yang tak mahu guna tangan. Di jamin HALAL + bersih + suci.


Untuk permulaan- Hari Jualan: Khamis dan Selasa


Tempahan hari Khamis adalah pada hari Rabu dan Tempahan untuk hari Selasa adalah hari Isnin.


Mari...mari...mari...mari...mari...


Start minggu ini bagi sesiapa yang berminat, sibuk dan mahu masakan yang enak lazat berzat...dan yang tak ada masa nak masak.


Pelanggan boleh mengemukakan menu atau cadangan baru untuk di pertimbangkan.


Sekian.



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 52
Date:

Abang Bakri....Syed tanyer....Mee bandung adatak?Dah lama dia nak makan.....

__________________


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Menu Selasa 7 June


En Jebat,


Maaf, mee bandung adalah diluar kepakaran. Buat tapi tak boleh gerenti sedap. Tetapi menu seterusnya adalah Nasi Ayam Special,.....


 


Nasi Ayam spesial..sedap sebungkus masih 2 pound...


HALAL+sedap+murah....


Mari..mari..mari...


Petua makanan untuk sedap: Baca basmallah sebelum mula masak dan baca selawat semasa masak.



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 66
Date:
RE: Makanan untuk dijual...


Assalamualaikum En. Bakri,


Saya dengar yang En. Bakri pandai membuat nasi kandar yang sedap. Saya dan rakan-rakan amat teringin untuk merasa nasi kandar. Sekiranya ingin membuat nasi kandar, kami sedia membeli. Harap meletakkan cadangan ini dalam pertimbangan. Terima kasih.



__________________
Vote For CT


Status: Offline
Posts: 52
Date:

Saya ingin mencadangkan Nasi Dagang...Umm...Nyam2....For sure saya akan beli...

__________________


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Menu 9 June 2005


Asm,


Untuk Makluman Nasi Kandar resepinya cerewet sedikit, dan bahan-bahannya sukar diperolehi...dan lauknya pelbagai...


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20050606235440/Article/


Ada daging massala, kari kepala ikan dsbnya...akan difikirkan.


Nasi Dagang akan dipertimbangkan - nasi dagang Terengganu sahaja nasi dagang Kelantan tak boleh buat sebab beras nasi dagang tak ada di sini.


Menu untuk hari Khamis 9 June ialah Nasi Kerabu Putih Special Bertumis Harga masih 2 Pound sebungkus. Cepat..cepat..cepat...


Terima kasih atas cadangan semua, cadangan lain amat-amat dialukan.


 



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Ayam Percik Berserai + sayur


Asm,


Menu jualan untuk makan tengahari pada 14 Jun 2005 adalah Ayam Percik Kelantan Berserai + Sayur. Kalau berminat, tempahan boleh dibuat dari jam 10 pagi hingga 10 malam Isnin. Makanan yang ditempah boleh di ambil dari jam 12-2ptg hari Selasa. Harga masih 2 pound sebungkus (rasanya tak lah mahalkan). Sudu disediakan.


Halal + bersih + suci.


InsyaAllah TIADA perasa makanan digunakan seperti Ajinamoto dan seumpamanya. Semuanya dari bahan-bahan asli.


Bahagian ayam yang paling spesial untuk percik digunakan. Iaitu Peha Ayam + Lutut Ayam + Betis Ayam .  Kecuali kehabisan stok.



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 66
Date:
RE: Makanan untuk dijual...


Testimonial from customers


Menu: Nasi Kerabu (Isnin)


Helmi, Sik,Kedah -" Saya jarang makan nasi kerabu kelantan, tapi setelah mencuba nasi kerabu en. bakri, hati terus tertawan. Terasa nak lagi mencuba menu seterusnya. Saya mmg recommend kepada org ramai untuk order"


Farid, Putrajaya -" Uhmm...sedapnya. ada lagi tak? nak order lagilah kalau macam ni"


Ayu, Kerteh, Terengganu - " Stok memasak kat dapur pun dah packed masuk dalam stor. Order makanan dari en. Bakri mmg menguntungkan dan best. Harga pun jimat, kepuasan terjamin. Jom order lagi"


Nizam, KB, Kelantan -" Best, ade lagi tak? Apsal order satu je tadi? Anyway, best!"


P/S: Jom order ramai2.



-- Edited by RoSs at 12:33, 2005-06-13

__________________
Vote For CT


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Menu 16 June 2005


Asm,


Menu pada tanggal yang dinyatakan di atas adalah


Nasi Putih + Ayam masak merah pedas + Kacang pendek hijau (beans) pedas ber-ikan bilis(indian style cooking). Harga 2 Pound.


Halal + bersih + suci. Bagi yang tiada kesempatan memasak dan ingin mencuba resepi baru.


Makanan boleh diambil pada jam 12-2 ptg. Tempahan melalui telepon atau e-mail.


Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah mencuba masakan kami.



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Menu 21 June 2005


Asm,


Menu sederhana dan biasa  pada hari Selasa ini, 21 Jun 2005 adalah NASI BERIANI AYAM (Ayam + nasi dimasak dan digaul sekali). Ciri masakan adalah Panas (Hot ) but Not Spicy. Masakan disediakan pada hari tersebut oleh Chef Rabiatul Adawiyah Abdullah (sebelumnya pun chef yang sama). Harga masih 2 Pound sebungkus.


Halal + bersih + suci.


Harap maklum bagi yang berminat.



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 35
Date:
RE: Makanan untuk dijual...


saya nak mencadangkan keow teow... bole ke?



__________________


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Menu 23 June 2005


Asm,


Menu pada 23 June 2005 adalah menu pilihan antara...


either


NASI GORENG KAMPUNG PEDAS + TELUR MATA KERBAU


or


MEE GORENG INDIA/MAMAK + TELUR MATA KERBAU


HARGA: POUND 1. 50 SEBUNGKUS.


BERMINAT HUBUNGI CHEF RABIATUL..592571


ps: Bagi pelanggan yang ingin dimaklumkan melalui e-mail resepi terkini yang akan dimasak harap dapat e-mail rabiatul98@yahoo.com


Halal + bersih + suci.





-- Edited by Deedat at 02:04, 2005-06-22

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Nasi Lemak ikan bilis


Menu pada 28 June adalah nasi lemak ikan bilis+spicy. Sebungkus adalah 2 pound. Harap maklum.


Petua sambal bilis sedap: Masukan dua sudu santan dalam masakan.



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
KARI AYAM + NASI PUTIH +SAYUR


Menu pada 30 June adalah KARI AYAM + NASI PUTIH +SAYURSebungkus adalah 2 pound. Harap maklum



-- Edited by Deedat at 16:30, 2005-06-29

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 71
Date:
Cadangan


sekadar cadangan, kalau nak ramaikan customer, mungkin boleh buat advertisement in english.
selain tampal kat forum ni, mungkin boleh tampal poster kat surau/pjgkan kepada kawan2 sekerja. sebab rasanya ada je orang2 non-malaysian yg suka / nak try malaysian food.

p/s nasi di sini lagi murah dari Wong's Kitchen :)



__________________


Status: Offline
Posts: 52
Date:
RE: Makanan untuk dijual...


Yup.Saya setuju.Ni testimonial dari saya:

Sudah mencuba 2 kali rasa nak lagi.Makanan berkualiti,lebih murah dari burger pizzetta dan mengenyangkan.Mmg sesuai utk org2 macam saya yg malas nak masak tengah hari ni.Overall,the food,quality,and price is better than Jati(MAnchester),Mawar and Lemon Grass(London).

-Iman-

-- Edited by jebat_23 at 19:22, 2005-06-30

__________________


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Maaf Iman


Asm,

Untuk saudara Iman terima kasih, untuk makluman saudara Iman, resepi yang dibeli semalam (MEE REBUS) kurang satu bahan iaitu UDANG KERING, tetapi saya rasa rasanya boleh TAHAN. Sekian.

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
LAMB CURRY + PLAIN RICE(NASI PUTIH) + SAYUR....


TARIKH : 5/7/2005


HARGA MASIH 2POUND....


 



__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Menu untuk Bulan Julai


Asm,


 


Menu pada 7 Julai 2005 adalah Nasi Kerabu Siam 2 pound


Menu pada 12 Julai 2005 adalah Nasi Lemak Bilis (Spicy)2 pound


Menu pada 14 Julai 2005 adalah Kari Ayam Nasi Putih 2 pound


Menu pada 19 Julai 2005 adalah Lamb Bryani Rice (Hot) 2 pound


Menu pada 26 Julai 2005 adalah Nasi Lemak Sambal Sotong 2 pound


Menu pada 28 Julai 2005 adalah Nasi Goreng Kampong telu dadar 1.50 pound


HALAL + BERSIH + SUCI


Sekian.


Berminat sila telepon 592571 atau e-mail rabiatul98@yahoo.com


Menu pada 21 Julai 2005 adalah


 



-- Edited by Deedat at 13:37, 2005-07-05

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
Perubahan Menu


Asm,

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan berlaku perubahan menu harian...

19 July Nasi Beriani Ayam - Chicken Beryani Rice Price: 2 pound

21 July Kari ayam + sayur + sambal belacan - Chicken Curry+vegetable+cook prawn paste. 2 pound
(Belacan didatangkan khas dari Melaka - pure prawn paste from Malacca, very delicous + spicy)

26 July Nasi Lemak sambal sotong - Ginger Rice with squid dishes: 2 pound.

27 July Ayam masak kicap + sayur - Chicken cook with soya souce + vegetable: 2 pound.

Harap Maklum.

Halal+bersih+suci.

Interested: Call (5)92571 for any orders.

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...


Status: Offline
Posts: 148
Date:
MENU


Asm,



Menu pada 2 OGOS 2005 adalah Nasi + PADPRIK AYAM + SAYUR 2 pound



Menu pada 4 OGOS 2005 adalah Nasi + AYAM GORENG + KUAH DAL SPESIAL+ SAYUR  2pound




-- Edited by Deedat at 09:33, 2005-08-01

__________________
Sabar menanti hari .... Tenang menunggu waktu... Khusyuk meniti masa...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard